Anai-Anai Dan Al-Quran

Di dalam sebuah rumah seorang muslim , En.Md Farooq,penduduk Tappachabutra,Hyderabad,Anai-anai telah memakan sebuah Al-Quran yang berusia 100 tahun..Keseluruhan kulit naskah Al-Quran dan kotak yang melindungi Al-Quran tersebut telah rosak dan hampir musnah kerana dimakan oleh anai-anai termaksuklah terjemahan Al-Quran tersebut.
Tetapi apa yang menakjubkan ialah.....Anai-anai tersebut langsung tidak menyentuh ayat-ayat Al-Quran yang ada di dalam kitab itu.
SUBHANALLAH!!!!



Panduan Kesihatan Cara Islam

LARANGAN LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN.
- Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
- Mandi setelah makan.
- Sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah dan berdukacita.
- Berada dalam keadaan terlalu lapar.
- Berjaga malam selain dari qiamullail.
- Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN.
- Memakan daging.
- Selalu menghidu bau bauan yang sedap.
- Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
- Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
- Mandi dalam keadaan perut yang sederhana.. tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
- Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT.
- Bercakap banyak.
- Tidur banyak.
- Makan banyak.
- Banyak berjimak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN.
- Banyak berjimak.
- Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
- Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
- Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
- Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
- Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
- Tinggalkan dari bercakap kosong.
- Sentiasa bersugi.
- Sentiasa bersama sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA..MAKANLAH, JANGAN DIBUANG.
- Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman.. hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu.. kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi.. sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir.. orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA..MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
- Melihat perkara perkara yang haram.
- Melancap.
- Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
- Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
- Tidak membaca Al-Quran.
- Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
- Mengumpat dan mengata.
- Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
- Asyik bercinta cintaan (bukan cara Islam).
- Terlalu memikirkan yang bukan bukan.
- Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
- Dilarang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
- Hendaklah berjalan selepasnya sekurang kurangnya 40 langkah.
- Sebaik baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU WAKTU BERIKUT
- Selepas bersenam.. bersukan atau melakukan kerja kerja berat.
-Selepas berjimak.
- Selepas makan atau sebelumnya.
- Ketika sedang makan.
- Selepas memakan buah buahan.
- Selepas keluar dari bilik mandi.
- Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W
- Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00
dengan keadaan berwuduk.
- Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi..
- berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
- Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
- Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan.. rusuk kiri dibahagian atas.. supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus.. cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
- Awal awal pagi setelah terbit matahari.
- Selepas masuk waktu Asar.
- Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
- Dilarang tidur di siang hari didalam keadaan cuaca yang panas kerana;
- Mendatangkan penyakit penyakit kulit.
- Merosakkan warna kulit.
- Melemahkan jantung.
- Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
- Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
- Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
- Bersihkan tubuh.. terutamanya bahagian muka.. tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
- Hindarkan dari tidur lewat malam.
- Lakukan gerak badan & senaman diatas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
- Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
- Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
- Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PERKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
- Banyak melakukan jimak.
- Terlalu banyak bercita cita atau berangan angan.
- Banyak minum air di waktu pagi.
- Banyak memakan atau meminum yang serba masam.

SEBAB SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
- Merokok yang berterusan.
- Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
- Kurang tidur.
- Sentiasa mandi di tengah malam.
- Berjimak didalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
- Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
- Melihat kepada benda benda kotor.
- Melihat kepada palang + salib.
- Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
- Duduk dengan membelakangkan kiblat.
- Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
- Banyak menangis.

Kehebatan Surah Al-Ikhlas

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


1. Katakanlah : “Dialah Allah, Yang Maha Esa”
2. Allah adalah Tuhan, yang bergantung kepada Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan.
4. Dan tidak ada seorang pun / sesuatu pun yang setara dengan Dia


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
“Barang siapa membaca Qul huwa”llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka”. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua”llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari".

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

1. Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

2. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

3. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

4. Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

5. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

6. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

7. Untuk Mendapatkan kebaikan di dunia dan akherat
Bacalah surat Al - Ikhlas setip hari sebagai amalan sehari - harinya. Insya Allah berkat surat Ikhlas yang kita baca itu kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

8. Terhindar dari fitnah dan siksa kubur
Bacalah surat Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang yang sakit itu lantas mati pada hari itu juga, maka insyAllah dia akan diselamatkan dari fitnah kubur